Bekalan darah masih satu keperluan ketika pandemik – ADUN

SUNGAI PINANG – Sempena sambutan Hari Malaysia semalam, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang mengambil inisiatif mengadakan program derma darah.

 

 

ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim ketika bercakap kepada pemberita memaklumkan, walaupun sedang berdepan pandemik COVID-19, bekalan darah masih menjadi keperluan.

 

 

 

“Untuk hari ini kita sasarkan 100 penderma bagi memenuhi tabung darah di Hospital Pulau Pinang, kalau lebih ia lagi bagus.

 

 

“Seperti kita ketahui setiap paket darah mempu menyelamatkan hingga tiga nyawa.

 

 

“Sehingga 11:30 pagi, kira-kira 30 orang sudah mendadaftar sebagai penderma, jadi saya yakin sasaran 100 penderma boleh dicapai,” ujar beliau ketika berucap pada Program Derma Darah KADUN Sungai Pinang dekat Pusat Aktiviti KADUN tersebut dekat Solok Sungai Pinang 1.

 

Hadir sama, Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer; Pengarah Angkatan Pertahanan (APM) Negeri Pulau Pinang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Ishak Mohd. Radzi.

 

 

Dalam perkembangan lain, Siew Khim memaklumkan CDERT (Civil Defence Emergency Response Team) Sungai Pinang telah memainkan peranan penting mencegah penularan wabak COVID-19 di tempat awam.

 

 

“Mereka ini telah diberi Latihan untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi melibatkan perumahan sekitar Sungai Pinang seperti Kampung Rawa, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Majlis Pengurusan Komunti Kampung (MPKK) setempat .

 

 

“Saya juga turut menyumbangkan peralatan bukan perubatan sebagai salah satu cara memperkasakan komuniti dalam berperang melawan COVID-19 agar komuniti kita kembali ‘kuat’,” katanya lagi.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD