Ketua Menteri terima kunjungan hormat Senator Fadhlina Sidek

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Ahli Dewan Negara, Senator Fadhlina Sidek di Komtar sebentar tadi.


Kunjungan kira-kira 30 minit tersebut memfokuskan kepada isu-isu semasa dan reformasi kerajaan semenjak tahun 2018.


“Baru-baru ini juga, kita mencatat sejarah baharu apabila Kerajaan Pusat dan wakil-wakil pembangkang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menganai situasi politik semasa.

 

“Cuma, ia masih perlu diberi penerangan di peringkat akar umbi, mungkin masih terdapat yang belum faham keperluan MoU ini.

 

“Banyak lagi usul seperti isu lompat parti dan had jawatan, namun itu sudah lulus di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang,” ujar Kon Yeow kepada Fadhlina.


Fadhlina, 44, yang merupakan peguam Syarie baru-baru ini dipilih sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 1 September 2021 sehingga 31 Ogos 2023.

Peguam lulusan Sarjana Muda Syariah dari Unitversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak Julai 2011 tersebut juga menjawat sebagai Ahli Lembaga Pengarah As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. bagi Zakat Pulau Pinang.

 

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan keluarga, wanita, kanak-kanak dan keganasan rumah tangga serta pembangunan masyarakat.

 


Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI