Bekas COO SPNB terajui Perbadanan Bukit Bendera

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

MAKLEN Ali (kiri sekali) berjabat tangan dengan Lee Kah Choon (tiga dari kanan) sambil diperhatikan Ketua Menteri sempena pengumuman pelantikan beliau sebagai Pengurus Besar PBBPP di sini baru-baru ini.
MAKLEN Ali (kiri sekali) berjabat tangan dengan Lee Kah Choon (tiga dari kanan) sambil diperhatikan Ketua Menteri sempena pengumuman pelantikan beliau sebagai Pengurus Besar PBBPP di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Pengalaman sebagai Ketua Operasi Langkawi Cable Car di bawah Syarikat Prasarana Berhad (SPNB) telah memberi keyakinan kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Maklen Ali sebagai Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PBBPP) menggantikan Datuk Lee Kah Choon berkuatkuasa 1 March 2012 di sini baru-baru ini.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PBBPP pada satu sesi bersama media di pejabatnya, di sini.

Guan Eng berkata, Maklen yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Elektrikal, Elektronik dan Sistem Kejuruteraan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan kreadibiliti beliau sebagai seorang jurutera yang berpengalaman luas bersama syarikat konglomerat besar seperti Telekom, Celcom dan SPNB (Langkawi Cable Car).

“Pelantikan ini amat bertepatan kerana beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas selama 15
tahun bukan sahaja dalam bidang gentian telekomunikasi optik. Malah, penyertaannya bersama Langkawi Cable Car selama lima tahun telah berjaya mencatatkan jumlah kemasukan pengunjung tertinggi iaitu seramai 700,600 pengunjung setahun.

“Maklen akan menjadi satu nilai tambah yang sangat berharga buat pasukan kita (PBBPP) untuk mentransformasikan Bukit Bendera menjadi salah sebuah destinasi peranginan pilihan di negeri ini,” ujarnya.