Biar PDRM siasat kes perbezaan pendapat babit rumah tangga Exco Kerajaan Negeri

Admin
90a88565 d767 4941 a84a 9d75ffa4d5de KETUA Menteri dalam sidang media berkaitan seusia merasmikan majlis berbuka puasa Ramadan anjuran Liga Muslim Pulau Pinang di perkarangan luar Masjid Kapitan Keling di sini pada 24 Februari 2026.

GEORGE TOWN – Biar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan berhubung masalah perbezaan pendapat melibatkan rumah tangga seorang Exco Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memberi respons sedemikian seusai merasmikan majlis berbuka puasa Ramadan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Liga Muslim Pulau Pinang di perkarangan luar Masjid Kapitan Keling di sini pada 24 Februari 2026.

“Saya difahamkan dua-dua pihak ada membuat laporan polis (yang mana) Yang Berhormat (Exco berkenaan) pun telah memberi kerjasama kepada pihak polis untuk proses siasatan lanjut.

“Dan terkini, saya dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak pun telah tarik balik laporan polis masing-masing.

“Kita (Kerajaan Negeri) memang memandang berat, tetapi pada peringkat ini kita membiarkan pihak polis membuat siasatan,” responsnya yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut sertai majlis tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT