Big Walk-Island Glades – riadah sijat Seri Delima

Admin

 

SERI DELIMA – Bagi melahirkan penduduk sihat dan cergas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima telah mengambil inisiatif khas untuk menganjurkan program tahunan ‘Big Walk-Island Glades’ di sini.

Penyertaan aktif termasuk sumbangan makanan dan hadiah bagi menjayakan program tersebut merupakan salah satu keutamaan ADUN Seri Delima, R.Sanisvara Nethaji Rayer.

Selain dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat setempat, secara tidak langsung, aktiviti sebegini turut memberi peluang kepada beliau untuk bergaul, beramah mesra serta berkongsi pendapat bagi menambaik kemudahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).