Ganding bahu capai status negeri bertaraf antarabangsa

Admin

PENANTI – Semua pihak perlu bersama berganding bahu bersama Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa.

Ketua Menteri I yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Datuk Mansor Othman berkata bahawa kemajuan dan kejayaan Pulau Pinang sebenarnya bergantung kepada perubahan pemikiran rakyat.

Justeru, Kerajaan Negeri dan rakyat perlu bersama berganding bahu dalam mencapai misi tersebut,’’ katanya pada Program Gerak Kerja Bersama Rakyat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di perkarangan Masjid Taman Guar Perahu di sini baru-baru ini.

Program yang padat dengan pengisian itu telah melibatkan keseluruhan penduduk Penanti. Lebih menarik lagi, program ini juga turut melibatkan 30 orang mahasiswa dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang turut bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.