Bkt. Bendera jadi lokasi drama antarabangsa

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWNN – Bukit Bendera dipilih sebagai salah satu lokasi penggambaran drama bersiri ‘Indian Summers’ di negeri ini, yang bakal dtayangkan di beberapa negara dalam Kesatuan Eropah dan dan Amerika Syarikat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama antarabangsa antara UK New Productions Ltd. dan syarikat tempatan, Biscuit Films Sdn. Bhd. kerana memilih Pulau Pinang sebagai destinasi penggambaran filem yang mengisahkan era akhir kolonialisme British di India.

“Ini menunjukkan perhatian antarabangsa yang unik di Pulau Pinang bukan sahaja sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, tetapi, turut memperlihat struktur warisan yang indah dan keajaiban alam semulajadi negeri,” ujarnya pada majlis sidang media di sini barubaru ini, selepas menyaksikan majlis menandatangani satu perjanjian persetujuan (MoA) semua pihak berwajib.

Kerajaan Negeri diwakili Pegawai Kewangan Negeri, DatukMokhtar Mohd. Jait dan Timbalan Setiausaha ( Pembangunan ) Kerajaan Negeri, Datuk Abu Jamal Nordin, manakala, UK New Picture Ltd. pula diwakili oleh pengarah terkenalnya sendiri, Charlie Pattinson.

Hampir semua Exco Kerajaan Negeri turut menyertai sidang media tersebut.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberitahu , Hotel Craig dan Woodside Bungalow dekat Bukit Bendera, serta bangunan tradisional yang lain di sekitar George Town seperti Rumah Suffolk, Dewan Bandaran, Taman Botani, MuziumNegeri turut akan disiarkan dalam drama bersiri tersebut.

Sebelum itu, Charlie Pattinson memberitahu, pemilihan semua lokasi penggambaran ‘Indian Summers’ itu selepas pihaknya mengakses internet serta menjelajah di beberapa kawasan menarik di sekitar Benua Kecil India dan Timur.

“Selepas ke merata tempat, akhirnya kami menemui beberapa lokasi seperti di Banjaran Himalaya dan ladang teh Utara India di negeri ini,” ujarnya, sambil melahirkan rasa gembira dengan partisipasi Kerajaan Negeri.

‘India Summers’ mengisahkan tahun-tahun terakhir pemerintahan kolonial British di India yang menyaksikan era kemerosotan sehinggalah kelahiran negara India moden, menurut perspektif kedua-dua negara tersebut.

Selain dikenakan bayaran sewaan bagi penggunaan Hotel Craig dan Woodside Bungalow, syarikat-syarikat perfileman tersebut juga bakal menaiktaraf bangunan-bangunan berkenaan yang telah lama terbiar sebelum ini.

Malah , pada masa sama, ia turut menawarkan peluangpekerjaan kepada penduduk setempat.