Bumbung guru al-Quran dibaiki

Admin

PENANTISempena Program Mesra Rakyat baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Datuk Mansor Othman telah mengadakan lawatan ke kediaman seorang guru al-Quran di Kampung Mengkuang Titi yang mengalami kerosakan bumbung di sini.

Atas keprihatinan beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I, Mansor dengan berbesar hati telah menaja pembaikan bumbung di kediaman guru al-Quran terbabit, Haji Mat Isa.

“Bumbung tu (tersebut) agak usang dan berlubang-lubang (bocor) sana sini.

“Selain membantu Mat, pendekatan kita (Kerajaan Negeri) adalah untuk keselesaan anak-anak murid yang datang untuk mengaji kat (dekat) sini,” ujar beliau yang turut serta bertukang membaiki bumbung berkenaan.

Program Mesra Rakyat adalah anjuran Pusat Khidmat ADUN Penanti dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di kediaman pelancongan desa Mengkuang Titi.

Program tersebut bertujuan mendekati rakyat dan membuka ruang kepada masyarakat desa untuk mengetahui dengan lebih mendalam dasar-dasar serta program dianjurkan Kerajaan Negeri.

MANSOR Othman turut sama bergotong-royong membaiki bumbung usang dan rosak di kediaman Haji Mat Isa di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman turut sama bergotong-royong membaiki bumbung usang dan rosak
di kediaman Haji Mat Isa di sini baru-baru ini.