BYOC kali keenam pupuk tabiat bawa bekas makanan sendiri

Admin
img 2626

GEORGE TOWN, 8 Ogos – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meneruskan usaha memupuk gaya hidup hijau dengan menganjurkan program Bring Your Own Container (BYOC) siri keenam dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Mutiara.

img 2622

Menurut isteri Ketua Menteri merangkap Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara, YABhg. Puan Tan Lean Kee, kempen tersebut bertujuan menggalakkan orang ramai membawa bekas makanan sendiri ketika membeli di kedai atau penjaja.

“Ini sekali gus mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang menjadi punca pencemaran laut dan ancaman kepada kesihatan manusia.

“Kita tidak nafikan penggunaan plastik memudahkan kehidupan seharian, namun penggunaan bahan ini secara berleluasa telah menyebabkan pencemaran plastik, membahayakan hidupan laut dan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita.

img 2634

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk mengubah tabiat dengan menghentikan penggunaan plastik sekali guna dan membawa bekas sendiri ketika membeli makanan.

“Jadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang memimpin usaha ini demi kelestarian alam,” ujarnya pada Kempen BYOC Kali ke-6 di Taman Metropolitan Relau di sini pagi tadi.

img 2624

Beliau turut mengajak lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang percaya kepada amalan gaya hidup sihat dan mesra alam untuk menyokong serta menyebarkan kempen ‘Say No To Plastic’ dalam kalangan keluarga, rakan dan komuniti masing-masing.

Kempen BYOC merupakan sebahagian daripada inisiatif MBPP untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri contoh dalam pengurangan sisa plastik, sejajar dengan matlamat kelestarian alam sekitar.

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI