Cari sumber baharu, tambah dan mempelbagai hasil Kerajaan Negeri sedia ada – Ketua Menteri

Admin
93679492 3fea 4127 85c6 63b395de93a6

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri hari ini akan berusaha mencari sumber hasil yang baharu di samping menambah dan memperbagai hasil sedia ada.

d39c53c2 4644 4d52 9009 e3dab251a431
KETUA Menteri (duduk, tengah) bersama-sama empat pemimpin Kerajaan Negeri lain mengikuti sesi perbentangan Zahidah Abd. Jalil (berdiri) mengenai kedudukan hasil Kerajaan Negeri bagi tahun semasa, di Auditorium A, Komtar pada 5 Mei 2025.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi itu membuat rumusan sedemikian seusai mengikuti Sesi Libat Urus Bagi Penyediaan Bajet 2026 bersama-sama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen dekat Komtar di sini pada 6 Mei 2025.

“Selalunya kita perlu menghadapi keadaan bagaimana nak seimbangkan hasil dengan perbelanjaan serta tanggungjawab kita (Kerajaan Negeri) terhadap rakyat.

“Perkara yang kedua, bagaimana kita nak mengurangkan kos iaitu perbelanjaan kerana mempunyai kaitan secara tidak langsung (dengan hasil).

“Sekiranya tidak dapat menambahkan hasil, mungkin caranya adalah dengan tidak menambahkan perbelajaan atau mengurangkan perbelanjaan supaya keseimbangan (antara hasil dan perbelanjaan) dapat dicapai,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan pada sesi berkenaaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid; Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Long; barisan Exco dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zabidah Safar.

Dalam sesi libat urus hampir dua jam tersebut, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Zahidah Abd. Jalil dan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Kewangan), Dr. Khairusany Mohamed Yusof masing-masing membentangkan kedudukan sebenar hasil kewangan serta perbelanjaan negeri bagi tahun semasa 2025.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING