Dapatkan abate musnah jentik-jentik – Exco

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

PULAU BETONG – Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin menyeru masyarakat di sini supaya bersama-sama memerangi wabak denggi ekoran catatan jumlah kes yang tinggi di negeri ini.

“Kalau boleh, kita luangkan masa atau gotong-royong bersihkan kawasan persekitaran kediaman bagi mengelakkan denggi melanda.

“Masyarakat tidak harus mementingkan diri semata- mata dengan membersihkan kawasan sendiri kerana kerana pada jarak jauh pun, nyamuk masih mampu terbang untuk gigit kita,’’ katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Zakat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pulau Betong di sini baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan tersebut adalah membabitkan 35 keluarga kurang mampu di sini.

Turut hadir, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Aidi Akbal Mohamed Zainon. Afif dalam pada itu menyeru masyarakat di sini supaya ke pusat kesihatan berdekatan bagi mendapatkan abate iaitu sejenis ubat memusnahkan jentik-jentik bagi mengelakkan nyamuk daripada bertelur di dalam takungan air.