Data Mengikut Jantina – Wajib Dalam Menjayakan Sayembara Bajet Responsif Gender (BRG)

Oleh: .PERBADANAN PEMBANGUNAN WANITA PULAU PINANG

Sayembara kearah pemerkasaan konsep Bajet Responsif Gender (BRG) bermula dengan rancak di Pulau Pinang pada November 2011 melalui penubuhan Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Kerajaaan negeri Pulau Pinang bersama- sama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menzahirkan komitmen, ketegasan dan kesungguhan mereka untuk menyerlah sebagai institusi-institusi responsif gender dengan memperuntukkan dana kepada PWDC untuk tujuan tersebut. Malah, misi pasukan GRB yang ditubuhkan itu dipacu oleh pendekatan berteraskan “pengarusperdanaan gender kearah kesaksamaan gender dan keadilan sosial” di Pulau Pinang.

Sekiranya anda pernah mengikuti kemajuan projek dan aktiviti BRG melalui pelbagai laporan yang dimuatkan dalam lembaran-lembaran Buletin Mutiara, anda mungkin bersetuju bahawa walaupun sayembra memperkasakan konsep BRG merupakan satu perjalananan getir yang diwarnai pelbagai mehnah dan diulit seribu satu cabaran, ia tetapi merupakan satu pengembaraan yang mengujakan dan melakar sejarah tersendiri. Kebanyakan laporan sehingga kini berkisar aktiviti- aktiviti yang di jalankan di dua tapak projek komuniti tempatan iaitu di PPR Jalan Sungai dan PPR Ampangan. Sebagai contoh, penaiktarafan taman rekreasi di PPR Ampangan dan penyerahan kontrak pembersihan kepada Persatuan Penduduk PPR Jalan Sungai merupakan dua mercutanda dalam usaha pemerkasaan BRG.

Dalam kita mengiktiraf mercutanda- mercutanda ini sebagai pencapaian yang harus dibanggakan, adalah penting juga bagi kita menyedari dan mengiktiraf proses perundingan dan penglibatan yang dilalui bersama oleh komuniti dan pasukan BRG kearah mencapai kejayaan yang diidamkan. Dalam nukilan- nukilan terdahulu, kami telah memperincikan pelbagai fasa yang di harungi dalam usaha kearah pengutamaan keperluan komuniti. Apa yang ingin ditekankan kali ini pula ialah maklumat dan data yang relevan adalah kekunci penting dalam penentuan keperluan komuniti.

Perlaksanaan kaji selidik maklumat baseline, perbincangan kumpulan focus dan kaedah pilihanraya untuk penentuan keutamaan keperluan merupakan sebahagian dari mekanisma pengumpulan maklumat dan data bagi memastikan penglibatan komuniti dalam proses membuat keputusan berhubungkait penggunaan sumber dana yang terhad secara optima. Malah penggunaan kaedah proses pengundian oleh ahli komuniti setempat telah benar-benar membantu memperkasakan demokrasi serta menjulang

Di peringkat institusi, kedua-dua majlis perbandaran dan kerajaan negeri sedar akan hakikat bahawa “setiap kelompok masyarakat mempunyai keperluan berlainan tetap tidak memiliki sumber dan dana yang mencukupi bagi memenuhi setiap keperluan tersebut”. Jesteru berbekalkan kesedaran ini tugas mereka harus berpaksikan kepada penentuan keperluan yang harus diutamakan serta memastikan agar sumber sedia ada membawa manfaat kepada setiap kelompok rentas masyarakat.

Dalam ertikata lain, kami ingin menegaskan bahawa sesuatu institusi responsif gender haruslah mengumpul sebanyak mungkin maklumat dan data yang relevan sebelum membuat keputusan mengenai projek dan aktiviti yang harus Bertitik tolak dari pendekatan ini, pemacu projek BRG telah memutuskan bahawa salah satu daripada lima outputnya akan berpusat kepada pemerolehan data mengikut-jantina (sex-disaggregated data or SDD). Untuk mengutarakan peri pentingnya pemilikan SDD, adalah wajar agar kita membincangkan serta mengapresiasi instrumen pengukuran pemantauan yang di kenali sebagai Analisis Insiden Faedah atau Benefit Incidence Analysis (BIA).

Analisis Insiden Faedah (Benefit ncidence Analysis or BIA) merupakan engukur kuantitatif yang bermanfaat yang iperolehi oleh seseorang individu yang enyertai sesuatu aktiviti atau acara.

Sebagai gambaran akan peranan BIA, kita kan mengkaji “perlancaran penaiktarafan ojek taman rekreasi dan acara hari eluarga” yang di adakan di PPR Ampangan ada April 2013. Objektif acara berkenaan dalah untuk mewujudkan kesefahaman an merapatkkan silaturrahim antara enghuni PPR Ampangan selain dari elancaran projek penaiktarafan taman ekreasi di kawasan berkenaan. Acara ini erbuka kepada semua penghuni.

Sejumlah RM6,900.00 telah dibelanjakan ntuk acara ini dan berdasarkan pendaftaran eserta seramai 229 orang penduduk etempat telah menghadiri majlis berkenaan. erbekalkan maklumat ini, kami dapat enghitung manfaat yang di raih setiap adirin (per pax) adalah bersamaan kira-kira M30 per pax yakni RM6,900 di bahagi 29.

Disebabkan pihak penganjur menetapkan ndaftaran setiap hadirin, maklumat/data erperinci berhubung umur, jantina dan tatus keilatan dapat di kumpul dan di jadikan bahan kajian.

Berbekalkan dengan data engikut gender (SDD), kami erupaya menganalisis impak anfaat berdasarkan kelompok gender dan umur. Dalam acara ini seramai 152 wanita dan 77 lelaki hadir dan oleh yang demikian catatan BIA adalah RM4,560 (152 X 30) untuk wanita dan RM2,310 (77 X 30) untuk lelaki. berkenaan mendedahkan bahawa kohort wanita berusia 18 dan kebawah merupakan kumpulan hadirin yang paling. ramai menyertai majlis berkenaan manakala belia/remaja lelaki berumur antara 19 hingga 30 tahun merupakan kumpulan terkecil yang menghadiri acara berkenaan.

Berbekalkan data yang diperolehi, para penganjur dalam mengkaji semula acara berkenaan boleh memikirkan mengenai aktiviti apakah yang harus mereka rancangkan kelak bagi menarik penyertaan lebih ramai golongan penghuni yang paling kurang diwakili dalam acara yang telah dilangsungkan.

Memandangkan kajian baseline terdahulu menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 1,000 penghuni di PPR, persoalan yang timbul ialah mengapa hanya 23% dari jumlah keseluruhan penduduk menghadiri acara berkenaan. Malah dalam kajian semula mereka, penganjur juga boleh bertanya apa yang perlu di lakukan oleh mereka bagi meningkatkan kadar peratusan yang hadir, umpamanya agar mencecah 60%?

Jelas, kami telah menunjukkan bahawa kebolehdapatan SDD dapat membantu pembuat keputusan menilai tahap kejayaan sesuatu acara atau aktiviti dan membantu mereka merancang acara-acara yang bakal diadakan. Dalam artikel/nukilan ini, kami telah mengutarakan/mengetengahkan satu alat ukuran spesifik yakni Analisis Insiden Faedah (BIA) yang menggunapakai maklumat SDD.

Ada pelbagai alat pengukuran lain seperti Penilaian Impak Faedah, yang bersifat kualitatif, penilaian penggunaan masa dan pengukur perbelanjaan awam yang kita akan utarakan untuk perbincangan dalam nukilan akan datang.

Dalam jangka masa panjang setelah kita membuktikan kepentingan dan signifikasi SDD, kita menjangkakan institusi-institusi pentadbiran menggunakan data seumpama ini sebagai alat wajib dalam penggubalan pelan dan polisi terutama dalam kerangka penyediaan bajet hasil tahunan dan perbelanjaan.