Dilema laluan rosak 20 tahun hampir selesai

TANJUNG BUNGA – Apabila siapnya sambungan Jalan Bunga Hinai dan Jalan Bunga Kaca Piring di Tanjung Tokong, ianya diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat serta pihak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (C) Hun Bin di sini.

“Setelah hampir 20 tahun mencari jalan penyelesaian, akhirnya Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Tanjung Tokong dan enam keluarga yang bersetuju untuk berpindah setelah menerima pampasan rumah serta wang tunai yang dipersetujui berjaya menyelesaikan isu ini,” katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke tapak projek di sini baru-baru ini.

Turut serta, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Chris Lee Chun Kit dan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR).

Yee Cheu memberitahu, Kerajaan Negeri kini hanya mengambil tempoh masa lima tahun untuk menyelesaikan isu berbangkit di kawasan ini.

Dalam pada itu, jurutera JKR yang juga berada di lokasi menyatakan bahawa pihaknya percaya bahawa projek penyambungan dua jalan sepanjang 150 meter tersebut akan disiapkan pada 14 Februari 2016.

“Projek yang menelan belanja sebanyak RM1.878 juta ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, malangnya, kini berlaku sedikit kelewatan, namun, kami (JKR) mempunyai kaedah tersendiri untuk mempercepatkan projek ini seperti pemasangan panel pada cerun bukit.

“Bagi makluman semua, projek ini kini siap sebanyak 32 peratus dan kelewatan dialami adalah 14 peratus,” ujar beliau.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);