Draf RSNPP 2040 dibuka untuk publisiti dan penyertaan awam sehingga 23 Disember

img 2402

GEORGE TOWN – Orang awam boleh memberikan cadangan, pandangan dan kritikan terhadap Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (RSNPP 2040) selama sebulan mulai 24 November sehingga 3 Disember 2025.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye berkata kajian semula RSNPP 2040 merupakan langkah penting untuk merangka sebuah Rancangan Struktur Negeri (RSN) yang inklusif, progresif dan berdaya tahan.

“Pameran RSNPP 2040 akan dinalankan di ruang konkos tingkat 3 dan 57 Komtar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Orang awam boleh mengemukakan pelbagai cadangan, kritikan serta maklum balas melalui kod QR yang disediakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Tinjauan RSNPP 2040 (Kajian Semula) dekat Komtar di sini pada 9 Disember 2025.

Mooi Lye berkata, RSN ialah dokumen dasar tertinggi dalam sistem perancangan fizikal di peringkat negeri yang memandu pelbagai aspek pembangunan.

Menurutnya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menjalankan kajian untuk mendapatkan input penting daripada pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, Kerajaan Tempatan, badan profesional serta institusi akademik.

“Bersadarkan Sistem Pemantauan Pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030) telah mencapai 99.27 peratus dari segi pelaksanaannya.

“Didapati bahawa secara keseluruhan dasar di bawah RSNPP 2030 telah dilaksanakan, sekali gus
membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa memastikan setiap penyataan dasar dan langkah dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalaysia, TPr. Saidin Lateh; Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah; Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, Dato’ TPr. Gs. Rozita Hamit serta Pengarah Pejabat Projek Zon Utara PLANMalaysia Haslina Binti Chan@Hassan.

dsc 1564dsc 1663img 2416dsc 1637

Mooi Lye juga menjelaskan beberapa penambahbaikan termasuk kajian semula dasar ketinggian pembangunan dan penyelarasan kawasan sensitif alam sekitar akan dilaksanakan dalam kajian semula RSNPP 2040.

Beliau berkata, antara perkara dinilai ialah dasar pembangunan melebihi 76 meter (m) daripada paras laut yang sebelum ini adalah tidak dibenarkan.

“Kajian ini turut mengambil kira cabaran sebenar terutamanya berkaitan kekurangan tanah dan kewujudan banyak kawasan sensitif alam sekitar di negeri ini.

“Sebelum ini dasar pembangunan melebini aras 76m daripada paras laut tidak dibenarkan, namun kini dibuka untuk penelitian semula berdasarkan input teknikal.

“Contohnya ada kawasan pada aras 80m tetapi permukaannya rata dan sesuai untuk pembangunan.

“Justeru, melalui kajian semula ini kita akan teliti tahap ketinggian yang wajar dibenarkan seperti kawasan di Cameron Highlands yang mempunyai dasar pembangunan melebihi 150m dan ini menunjukkan keperluan Pulau Pinang menilai semula had itu berdasarkan kesesuaian
setempat,” katanya sambil menambah bahawa Kerajaan Negeri merancang mewartakan RSNPP 2040 pada suku ketiga tahun depan.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN