Edisi khas : Permatang Pasir maju bawah Salleh Man

Admin

HAJI Mohd. Salleh Man sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Sikapnya memang diketahui umum iaitu mesra rakyat dan mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat, prihatin dan bertanggungjawab. Sifat inilah yang menjadikan beliau sangat disenangi dan dihormati penduduk setempat sekaligus memenangi hati rakyat sehingga dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir pada Oktober 2009.

Selain ADUN, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan turut menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ahli Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.

SUMBANGAN

Selama tempoh hampir dua tahun mmimpin kawasan Permatang Pasir, pelbagai kemajuan terutama dari segi pembangunan kemudahan untuk rakyat telah dilaksanakan oleh Mohd. Salleh. Ia dapat dicapai hasil kerjasama termasuk dengan Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Antara perkara utama yang berjaya diatasi ialah masalah peparitan, yang telah hampir 50 tahun berlarutan di kawasan DUN berkenaan.

Bermula 2009, setiap peruntukan telah diberi dan diagihkan di setiap kawasan Permatang Pasir pada setiap bulan dan setiap kampung, tidak mengira bangsa dan fahaman politik. Malahan, Mohd. Salleh turut menyalurkan peruntukan peribadinya kepada golongan yang memerlukan.

KEMAJUAN

Sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, pelbagai projek telah dilaksanakan termasuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur, sistem saliran, pembaikan rumah rakyat termiskin, pembaikan masjid dan surau dan penyelenggaraan dewan orang ramai.

Berikut adalah sebahagian projek yang telah dilaksanakan beserta peruntukan di DUN Permatang Pasir antara 2008 – 2010 :-

TAHUN

NAMA PROJEK

PERUNTUKAN (RM)

2008

Naik taraf Dewan JKKK Mk. 5 Kubang Semang

280,000.00

Naik taraf Sekolah Agama Kampung Pelet, pendawaian semula dan membina pagar konkrit dan kemudahan lain

360,000.00

Pengambilan balik tanah di belakang pasar awam Penanti untuk kegunaan awam dan tapak pasar malam

200,000.00

Naik taraf Dewan Masyarakat di Kampung Petani

200,000.00

Naik taraf dewan Masjid Al-Falah Pengkalan Tambang

300,000.00

2009

Membekal, kelengkapan, pemasangan, pengujian dan menjalankan sistem automasi pam, di rumah pam Kubang Semang

185,950.00

Penyelenggaraan jalan dan peparitan di kawasan zon 2 (kawasan Permatang Pauh dan kawasan sekitarnya)

175,414.50

Menurap semula jalan di Kampung Pertama Mk. 6

58,800.00

2010

Kerja-kerja sebut harga untuk menurap semula permukaan jalan di Jalan Permatang Batu, Zon 3, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah

158,000.00

Naik taraf longkang bagi mencegah banjir di kawasan Kampung Samagagah, Permatang Pauh

92,000.00

Kerja pelebaran jalan pada bahu jalan Tanah Liat berdekatan Sekolah Al-Masriyah

20,000.00

Kerja-kerja memasang jubin, kelengkapan tandas serta yang berkaitan dengannya di Masjid Tengah Berapit, SPT

36,056.00