Edisi khas : Pendidikan asas perkasakan rakyat

Admin

Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B LIM Guan Eng (lima dari kiri) sambil ditemani Exco Hal Ehwal Agama, Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abdul Kassim (tiga dari kiri) dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Saleh Man (empat dari kanan) memerhatikan ujikaji sains yang dijalankan oleh dua pelajar SARMAA sempena lawatan beliau.

KERAJAAN Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang amat prihatin dan menitikberatkan aspek pendidikan yang merupakan salah satu elemen terpenting dalam pembangunan serta kemajuan sesebuah masyarakat. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak pernah leka dengan perkembangan pendidikan terkini di Malaysia dan keperluaannya dari semasa ke semasa.

Bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azaad.
Bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azaad.

Misalnya, peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dahulunya jarang-jarang sekali dihulurkan sebelum 2008, namun bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1.5 juta khas untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan pendidikan agama di Pulau Pinang. Malah jumlah tersebut telah bertambah pada tahun 2010 menjadi RM 1.75 juta, sejajar dengan Dasar Kerajaan PR untuk Memperkasakan Rakyatnya.

Bagi SJK (C), SMJK (C), sekolah Mubaligh dan sekolah menengah persendirian pula, jumlah peruntukan yang diberikan kepada 129 buah sekolah pada tahun 2010 adalah RM7.8 juta. Manakala bagi SJK (T) pula sejumlah RM1.75 juta telah diperuntukkan pada tahun 2010 menjadikan jumlah peruntukan pendidkan keseluruhan ialah RM11.3 juta. Bagi tahun 2011, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM12.0 juta khas untuk perkembangan pendidikan di Pulau Pinang. Jumlah peruntukan bagi pendidikan meningkat setiap tahun mengikut keperluan dan senario pendidikan semasa.

Sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM 150,000 kepada Methodist Boy School (MBS). Digunakan untuk membina sebuah bangunan baru dengan kelengkapan 15 bilik darjah tambahan sekolah mubaligh.
Sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM 150,000 kepada Methodist Boy School (MBS). Digunakan untuk membina sebuah bangunan baru dengan kelengkapan 15 bilik darjah tambahan sekolah mubaligh.

Selain menyediakan peruntukan khas bantuan pendidikan, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan melalui Tabung Amanah Biasiswa Kecil Negeri kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Seramai 2,670 pelajar telah menerima bantuan tabung amanah ini pada 2009 melibatkan peruntukan berjumlah RM1,539,840 dan meningkat kepada 2,800 penerima pada 2010 dengan jumlah peruntukan RM1,652,160.

Bukan sekadar bantuan wang ringgit yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, penyediaan Hab Pendidikan Pulau Pinang di Pondok Upeh, Balik Pulau turut dirancang dan ia melibatkan pengambilan balik tanah seluas 103.2 ekar.

Perasmian bangunan baru SRJK © Pai Chai hasil sumbangan Kerajaan Negeri. Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Menteri (tengah) bersama-sama dengan ahli-ahli lembaga pengarah sekolah memotong reben belon sebagai gimik perasmian.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melantik Institut Kajian Sosio Ekonomi dan Alam Sekitar (SERI) untuk melaksanakan Kajian Pembangunan Hab Pendidikan tersebut. Laporan tersebut kini dalam proses penelitian PDC.

Menyedari hakikat bahawa pendidikan merupakan elemen terpenting dalam menyediakan modal insan yang intelektual dan berkebolehan, Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan mana-mana aspek yang berkaitan pendidikan demi melestarikan institusi pendidikan di negeri ini. Malah aspek berkaitan kebajikan pelajar turut diberi perhatian yang sewajarnya.

Bil.

Tahun

Sek. Cina & Mubaligh (90 SJK (C) ; 10 SMJK ;

5 SM Persendirian ;

24 SK & SMK Mubaligh)

(RM juta)

Tamil

28 SJK (T)

(RM juta)

18 Sek. Agama Rakyat

(RM juta)

Jumlah

(RM juta)

1

2009

5.5

1.5

1.5

8.5

2

2010

7.8

1.75

(termasuk 2 Sek. Punjabi)

1.75

(termasuk sumbangan untuk guru-guru)

11.3

3

2011

8.5

1.75

1.75

12