Edisi Khas – Tiga tahun di bawah PR

Admin

Kerajaan yang baik harus buat tiga perkara:

  1. Dengar suara rakyat

  2. Buat kerja rakyat

  3. Beri harapan kepada rakyat

Ini adalah di antara misi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng. Untuk memberi harapan kepada rakyat, adalah tanggungjawab sebuah kerajaan baik untuk memastikan setiap rakyat terjaga.

Antara pelan-pelan pembangunan yang bakal dilancarkan untuk keselesaan rakyat, penjanaan ekonomi dan meningkatkan tarikan pelancung, projek-projek berikut akan menjadi realiti dalam masa terdekat:

sPICE

CONTOH pelan reka bentuk sPICE.
CONTOH pelan reka bentuk sPICE.

Pusat sPICE (sub-terranean Penang International Convention and Exhibition Centre) atau Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang akan menjadi satu pembangunan ‘iconic’. Pusat sPICE adalah pembangunan pertama di Malaysia yang mempunyai taman hijau yang dilanskap dengan indah di atas bumbungnya.

ESCAPE RESORT

KETUA MENTERI (empat dari kiri) sambil ditemani barisan exco-exco lain melihat reka bentuk Escape Resort.
KETUA MENTERI (empat dari kiri) sambil ditemani barisan exco-exco lain melihat reka bentuk Escape Resort.

 

Sebuah taman tema air di Teluk Bahang bernilai RM120 juta yang dijangka siap dalam dua tahun akan menjadi tumpuan pelancong yang unik. Taman Tema Escape Resort ini adalah berkonsepkan eko-pelancongan di mana hotel-hotel, taman air dan taman tema dibina di kawasan perhutanan berdekatan dengan empangan Telok Bahang.

PUSAT MAKANAN LAUT & GALERI KRAF BATU KAWAN, SPS

KEADAAN Pusat Makanan Laut dan Galeri Kraf Batu Kawan.
KEADAAN Pusat Makanan Laut dan Galeri Kraf Batu Kawan.

Bangunan yang terletak berdekatan dengan Jeti Pulau Aman itu nampak begitu terserlah dan anggun. Ia berpotensi menjadi tarikan pelancongan, menyediakan makanan laut dari Pulau Pinang tidak lama lagi kerana PDC telah menjemput mengemukakan cadangan (RFP) untuk menyewa dan mengurus Pusat Makanan Laut dan Galeri Kraf.

 

 

 

CANOPY WALK, BUKIT BENDERA

PEGAWAI Kewangan Negeri (kiri sekali) Datuk Farizan Darus bersama Ketua Menteri menunjukkan lakaran canopy walk Bukit Bendera baru-baru ini.
PEGAWAI Kewangan Negeri (kiri sekali) Datuk Farizan Darus bersama Ketua Menteri menunjukkan lakaran canopy walk Bukit Bendera baru-baru ini.

 

Canopy Walk ‘zig-zag’ sepanjang 200 meter dibina berdasarkan konsep Timur-Barat. (East meets West).