Exco sebulat suara buat keputusan KM tidak perlu letak jawatan dan cuti – TKMI

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon mengumumkan bahawa Mesyuarat Exco pada 4 Julai lalu sebulat suara membuat keputusan bahawa Y.A.B. Ketua Menteri, Tuan Lim Guan Eng tidak perlu meletakkan jawatan ataupun bercuti).

“Saya sendiri telah mencadangkan perkara ini dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

“Kami mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap kepimpinan Y.A.B. Ketua Menteri untuk memimpin barisan Exco dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya pada majlis sidang media di sini.

Dalam pada itu, Ramasamy ketika mengulas pengumuman tersebut menyatakan bahawa kedua-dua tuduhan terhadap Ketua Menteri adalah bermotifkan politik.

“Kami percaya bahawa beliau (Guan Eng) adalah tidak bersalah dan beliau (Guan Eng) tidak perlu meletak jawatan,” ujar beliau.

} else {