Exco seru anak muda kuasai kemahiran automotif elektrik seiring lonjakan EV

d3f78a5d 782a 4236 a62d 9d1b1c4b5480 ZAIRIL Khir Johari (berdiri, tengah) menyaksikan tiga wakil SLC Auto Academy, EV Plus Mobility dan Guangdong Communication Polytechnic memeterai perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan di sini pada 10 Ogos 2025.

PADANG LALANG – Anak muda lokal digalakkan merebut peluang mempelajari bidang kemahiran automotif yang berasaskan elektrik memandangkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dan beberapa negara ASEAN lain kian meningkat kini.

15f21373 3dc7 4efe a2ac 556e9d5fa581
ZAIRIL Khir Johari dalam sidang media berkaitan di SLC Auto Academy, Jalan Sungai Rambai pada 10 Ogos 2025.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata demikian kepada pemberita seusai menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara EV Plus Mobility Solutions, SLC Auto Academy dan Guangdong Communication Polytechnic dari Republik Rakyat China, di sini pada 10 Ogos 2025.

Katanya, kerjasama antara tiga pihak ini amat penting dalam menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada anak-anak muda yang berminat dalam industri automotif khusus untuk automotif berasaskan elektrik.

“Malaysia kini sedang menjurus pada promosi kenderaan elektrik (EV) yang mana kalau mahu mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan, maka sudah tentu kita memerlukan mekanik dan jurutera automotif mahir dalam mengendalikan (kerja-kerja penyelenggaraan) EV,” ujarnya di SLC Auto Academy dekan Jalan Sungai Rambai di sini.

0e391955 e40a 40eb a705 ecd869e3fb12
SHAHRIR Anuar Shah Abdullah

Bercakap pada sidang media sama, Ketua Pengurus Pemasaran SLC Auto Adademy, Shahrir Anuar Shah Abdullah memberitahu bahawa pusat pembangunan kemahiran itu dibuka sejak tahun 2007 lagi dan kini mempunyai kira-kira 600 pelatih dalam pelbagai peringkat pengajian iaitu Tahap 2, Tahap 3 dan diploma lanjutan.

“Kita (SLC Auto Academy) ada pembiayaan daripada Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang mana pihak Kerajaan (Persekutuan) memperuntukkan pembiayaan pengajian dan elaun sara hidup untuk pelajar di sini,” jelasnya sambil memberitahu para pelatih yang menamatkan pengajian akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) khusus dalam bidang EV.

89cf37eb 8f5c 4513 b1d9 fa45fb796edd
GAMBAR beberapa pelatih sedang diasuh menyelenggara komponen mekanikal ke kenderaan elektrik (EV) di SLC Auto Academy di sini.

Sebelum pada itu, Zairil dalam ucapannya antara lain memberitahu bahawa di Malaysia penggunaan EV terus menunjukkan perkembangan positif dengan 21,789 unit didaftarkan pada tahun 2024 – peningkatan ketara sebanyak 63.8 peratus berbanding 13,301 unit pada tahun 2023.

“EV merangkumi 2.54 peratus daripada semua pendaftaran kenderaan pada tahun 2024 (yang mana) peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan minat pengguna yang semakin bagus, malah langkah strategik Kerajaan Malaysia untuk mempercepat penggunaan EV selaras dengan matlamat pelan peralihan tenaga negara,” katanya.

Di samping itu, beliau turut menyokong usaha mewujudkan Akta Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik (EVIDA) yang mewajibkan sektor awam dan swasta untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada jumlah kenderaan mereka kepada EV.

38d6808f 7110 4fc1 ade1 536ff39f0c08
MOKHTAR Mohd. Yusoff

Turut berucap, Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK), Mokhtar Mohd. Yusoff.

Zairil dengan diiringi Mokhtar dan Shahrir Anuar turut menyaksikan tiga pihak iaitu Pengasas SLC Auto Academy, Ooi Lye Oo; Ketua Pegawai Operasi (COO) EV Plus Mobility, Jayson Peh, dan wakil Guangdong Communication Polytechnic, ‘Dr Huang & Dr Hou’ memeterai MoU berkaitan di sini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS