PULAU TIKUS – Festival Pembelajaran Ascott 2025 yang berlangsung dari 14 hingga 16 Mei di Ascott Gurney Penang, menghimpunkan pemimpin industri hospitaliti, pakar dan profesional untuk pengalaman pembelajaran tiga hari.
Bertemakan “Grow with Us, Lead Our Future”, penganjuran festival tersebut adalah bertujuan memupuk budaya pembelajaran berterusan, kecemerlangan kepimpinan, dan kerjasama dalam rangkaian serantau Ascott.
Acara ini menampilkan ucapan utama, sesi panel, bengkel dan perbincangan santai yang merangkumi topik seperti inovasi F&B, pemasaran digital, literasi kewangan, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam hospitaliti.
Seramai 120 peserta yang terdiri daripada pengurus peringkat pertengahan dan ke atas dari Asia Tenggara telah menyertai program tersebut.
Menurut Pengurus Besar Negara Ascott Malaysia, Mondi Mecja, festival tersebut merupakan pelaburan strategik dalam pembangunan bakat dan memupuk budaya pembelajaran serta inovasi.
“Peserta juga berpeluang menyertai aktiviti rangkaian, lawatan tempatan, dan aktiviti budaya untuk memperkukuh kolaborasi dan komuniti.
“Festival ini diharapkan menjadi platform untuk menyemarakkan inovasi dan memajukan kepimpinan dalam industri hospitality,” katanya.
Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: LAW SUUN TING