Futsal amal medan tempur 106 pasukan

Admin
MANSOR Othman (berdiri, tujuh dari kiri) menunjukkan tanda bagus ketika bergambar kenangkenangan bersama pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Futsal Amal Piala Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Haji Othman di sini baru-baru ini. (Gambar ihsan penganjur)
MANSOR Othman (berdiri, tujuh dari kiri) menunjukkan tanda bagus ketika bergambar kenangkenangan
bersama pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Futsal Amal Piala Timbalan Ketua
Menteri I Datuk Mansor Haji Othman di sini baru-baru ini. (Gambar ihsan penganjur)

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

B U T T E R W O RT H –Penganjuran amal Kejohanan Futsal Amal Piala Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Haji Othman memperoleh sambut an meng g a l a kk an dengan penyertaan 106 pasukan pelbagai peringkat umur dari dalam dan luar negeri ini di Mak Mandin di sini baru-baru ini.

Selain pasukan remaja, ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti ( JKKK) tempatan juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi pada kejohanan yang bertujuan mengumpul sumbangan kepada Rumah Ke b a j i k an Kanak- kanak Terencat Akal Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Rumah Kebajikan Kanak- kanak Terencat Akal Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.

Pasukan JKKK Pokok Sena A diumumkan sebagai juara ke johanan apabila berjaya menewaskan Pasukan JKKK Pokok Sena B. Pasukan johan membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala naib johan (RM1,500), tempat ketiga dan keempat masing -masing (RM500).

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Daerah SPU merangkap jawatankuasa kejohanan, Mohd. Hasmizal Zakaria berkata, sukan futsal dipilih sebagai medium bagi melakukan kerja kebajikan tersebut memandangkan ia merupakan aktiviti popular masa kini membabitkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

“ Mat lamat utama penganjuran ini adalah bagi membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang wujudnya golongan yang perlu diberikan perhatian.

“Pada masa sama , sukan futsal juga merupakan aktiviti sihat yang dapat membendung masalah obesiti dan gejala sosial selain turut dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara JKKK serta masyarakat setempat ,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Mansor. Malah, majlis penutup diakhiri deng an satu sepakan oleh Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.