Bersih 3.0: Mata anak P. Pinang hampir buta

Admin

 

KETUA Menteri mengucapkan kata-kata semangat kepada Asrul Wadi Ahmad (tengah) sambil diperhatikan ayahnya, Ahmad Awang (kiri sekali) ketika perjumpaan khas di Pejabat Ketua Menteri di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri mengucapkan kata-kata semangat kepada Asrul Wadi Ahmad (tengah)
sambil diperhatikan ayahnya, Ahmad Awang (kiri sekali) ketika perjumpaan khas di
Pejabat Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN Seorang anak kelahiran Pulau Pinang mengadu hampir buta gara-gara terkena kelongsong kanister liar semasa menyertai himpunan aman Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lepas.

Asrul Wadi Ahmad, 29, semasa berkunjung ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini berkata, pemeriksaan oleh empat doktor telahpun mengesahkan kemungkinan matanya kekal buta.

“Parut luka pada ‘titik buta’ dalam mata saya akan menghalang penglihatan saya. Ia mungkin tidak boleh diubati, yang tinggal parut luka,” ujarnya di sini.

Ayah, Ahmad Awang, 58, dan ibu mangsa, Sopiah Aziz, 55, turut hadir dalam pertemuan singkat bersama-sama Ketua Menteri.

ASRUL Wadi Ahmad menunjukkan bahagian kelopak mata kanannya yang menerima beberapa jahitan ekoran terkena kelongsong kanister liar semasa menyertai himpunan aman Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lepas.
ASRUL Wadi Ahmad
menunjukkan bahagian
kelopak mata kanannya yang
menerima beberapa jahitan
ekoran terkena kelongsong
kanister liar semasa
menyertai himpunan aman
Bersih 3.0 di Kuala Lumpur
pada 28 April lepas.

Menurut Asrul , bahagian matanya tercedera parah akibat menerima terjahan kelongsong gas pemedih mata dari jarak dekat sekitar jam 3.15 petang di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Beliau kemudi an dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan pertolongan peserta Bersih 3.0 yang lain.

Ekoran itu, kening mata kirinya turut menerima beberapa jahitan akibat terjahan kelongsong kenister liar itu.

Beliau yang baru bergelar graduan di sebuah universiti tempatan bagaimanapun berkata, layanan pihak berkuasa itu langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk menyemarakkan demokrasi di tanah air ini.

“Saya tak patah semangat. Saya akan saman pihak polis dan Kementerian (Dalam Negeri) nanti. Kalau ada Bersih 4.0 pun, saya, mak serta ayah akan tetap pergi (sertai),” ujar beliau.