Gelanggang sepak takraw hasrat komuniti Taman Ru

PAYA TERUBONG – Gelanggang sepak takraw yang dibina di Taman Ru di sini disumbangkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin dalam ucapannya memberitahu bahawa pihaknya hanya memanjangkan hasrat penduduk setempat untuk membina gelanggang itu.

“Saya panjangkan permintaan penduduk kepada MBPP memandangkan taman di sini merupakan seliaan pihak berkaitan (MBPP).

“Akhirnya, pada 20 November lalu, gelanggang ini berjaya dirasmikan dan digunakan untuk kali pertamanya sempena penganjuran p e r t a n d i n g a n sepak raga tuju,” katanya ketika hadir merasmikan majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Pada majlis berkaitan, Soon Hin turut menunjukkan bakatnya bermain sepak raga sebagai acara gimik pada perasmian tersebut.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);