Gembira Futsal di lokasi baharu, lebih selesa

Admin
944ea27f 8c63 4d33 9287 b84baa55d6bb

GEMBIRA Futsal bukanlah nama asing lagi bagi peminat sukan futsal di Pulau Pinang kerana sudah beroperasi sejak 2009 ketika mana sukan tersebut berada di puncak kegemilangan.

b3e26870 6b7e 4947 8368 c4ecb12a59bc

Namun setelah hampir 16 tahun beroperasi di sebuah kompleks membeli-belah dekat Island Glades, pemilik Gembira Futsal, R. RAKESH CYRIL perlu mengucapkan ‘selamat tinggal’ dan berpindah ke lokasi baharu di Jalan Sungai Pinang, Jelutong – berhadapan Honda Motor sejak April lalu.

 

Wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI, sempat mendekati anak muda berusia 34 tahun itu untuk meninjau lokasi baharu.

 

Menurut Rakesh Cyril, pada tahun 2009 ketika Gembira Futsal mula beroperasi, beliau merupakan salah seorang pekerja di situ.

33c80c2a 0ad9 48ad 8874 d708bae6510e

“Selepas dua tahun (2011), saya bersama-sama sepupu saya mengambil alih perniagaan tersebut namun tidak lama selepas itu, sepupu saya menarik diri.

“Di lokasi lama memang mendapat sambutan hangat terutama daripada badan-badan kerajaan, persatuan-persatuan, pihak swasta yang datang menjalankan pertandingan atau beriadah.

 

“Selepas mula beroperasi di sini (Jalan Sungai Pinang), kami seperti baru bermula (yang mana) kami perlu pergiatkan promosi, sebab ada juga pelanggan lama yang masih tidak tahu keberadaan kami di lokasi baharu,” ujarnya ketika ditemui Buletin Mutiara semalam.

b529ad94 c2c9 4789 a88c c9615c14e043

Kini, Rakesh Cyril giat menjalankan promosi melalui media sosial bagi menarik lebih ramai peminat-peminat futsal khususnya di kawasan George Town untuk beriadah di Gembira Futsal.

 

Mengulas mengenai kos yang dibelanjakan untuk mula beroperasi di tempat baharu, Rakesh Cyril memberitahu bahawa beliau menghabiskan kira-kira RM200,000 sebagai modal permulaan.

 

“Kos agak tinggi kerana di sini saya menggunakankan rumput tiruan yang diiktiraf badan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

 

“Semasa membina semula tapak ini pun saya mengambil kira keselesaan dan juga kualiti padang, kerana saya tidak mahu ia boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain.

ba5d2ae4 6c49 48c3 9a77 1403f6b9d477

“Permukaan yang ada di sini juga lebih lembut, berkualiti…dan kalau keadaan tidak berkualiti, pemain yang datang bermain akan tercedera (dan) mereka mungkin tidak mahu datang lagi, jadi tidak salah sekiranya melabur lebih untuk kualiti,” jelasnya.

 

Selain itu, Rakesh Cyril memberitahu bahawa terdapat juga pengunjung yang datang dan bermain ‘dodgeball’ di sini.

 

“Berbanding lokasi lama, cabaran di lokasi baharu adalah cuaca kerana ia berkonsepkan terbuka, namun ia lebih memberikan pengudaraan lebih baik dan selesa berbanding lokasi lama.

 

“Sekiranya cuaca hujan biasa, biasanya saya masih membenarkan pengunjung untuk bermain, tetapi sekiranya hujan lebat memang saya tidak mahu mengambil risiko.

 

“Itulah antara cabaran yang dihadapi di sini, namun ini adalah lokasi yang bersesuaian kerana dapat mewujudkan dua gelanggang futsal di sini.

 

“Untuk waktu operasi, kami bermula jam 8 pagi hingga 1 pagi setiap hari.

“Walaupun kadang-kadang ada yang minta sampai pukul 3 pagi, kami masih layankan,” katanya lagi setelah menerima pengunjung yang semakin ramai terutama dari kawasan berdekatan di Sungai Pinang.

 

Bercakap mengenai harapan untuk masa hadapan, Rakesh Cyril berharap dengan usaha yang giat dilakukannya, Gembira Futsal mampu kembali menjadi pilihan peminat-peminat sukan futsal meskipun kini berdepan cabaran wujudnya sukan-sukan baharu seperti ‘pickelball’ dan sebagainya.