Guan Eng agih RM66,000 Bantuan Pelajar Miskin di Bagan

SEBERANG JAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pagi ini mengagihkan Bantuan Pelajar Miskin Sekolah Rendah dan Menengah Bagi Parlimen Bagan kepada 660 penerima terpilih daripada 22 sekolah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu bahawa agihan bantuan adalah berjumlah RM100 seorang ataupun jumlah keseluruhan RM66,000.

“Sejak tahun 2011 lagi program ini dilaksanakan tiap-tiap tahun, dahulu menggunakan peruntukan saya sebagai Ketua Menteri, sekarang (menggunakan peruntukan saya) sebagai Ahli Parlimen Bagan,” jelasnya pada majlis berkaitan.

Turut berucap, Exco Belia & Sukan, Soon Lip Chee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal dan ADUN Bagan Dalam, M. Satees.

Hadir sama, Exco Kebajian & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang juga ADUN Puyu.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB