Harga telur kembali stabil, bekalan mencukupi untuk musim perayaan

Admin

NIBONG TEBAL – Harga telur kini kembali stabil dan bekalan bagi musim perayaan Hari Natal serta Tahun Baru Cina pada Februari depan adalah mencukupi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Sim menegaskan terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kenaikan harga telur baru-baru ini disebabkan beberapa faktor antaranya penutupan ladang-ladang kecil sejak tahun 2016.

Kekurangan pengeluaran bekalan telur ini berlaku akibat penurunan bilangan ladang ayam penelur sebanyak 19 peratus di mana pada tahun 2016 terdapat 98 buah ladang penelur dengan kapasiti keseluruhan 1,874,380 ekor berbanding 79 buah ladang penelur (2017) dengan 1,460,880 ekor ayam.

Penutupan ladang-ladang kecil ini memberi impak besar kepada pengeluaran kerana permintaan meningkat, sebaliknya penawaran menurun.

Malah, baru-baru ini berlaku insiden penutupan sementara sebuah ladang di Perak kerana disyaki dijangkiti virus. Pengurangan pengeluaran ini telah menimbulkan situasi ‘panick buying’ oleh pengguna hingga menyebabkan harga meningkat mendadak,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap merangkap Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dr. Amar Pritpal, ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik dan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.

Pada 21 Disember lalu, Tze Tzin telah mengadakan lawatan ke salah sebuah ladang ayam penelur di sini bagi mengetahui punca sebenar masalah yang timbul hingga mendorong kepada kenaikan harga telur di Semenanjung Utara Malaysia.

Menurutnya, kementerian bertanggungjawab untuk menstabilkan harga berkenaan dan interima untuk mencari penyelesaiannya dengan mengadakan perjumpaan serta sesi dialog bersama-sama lebih 300 pengusaha seluruh negara dan 20 di Pulau Pinang.

Walau bagaiamanapun, menurut Tze Tzin, Malaysia mempunyai telur ayam yang mencukupi pada kadar kecukupan (SSL) sebanyak 113 peratus.

Buat masa ini kita tidak bercadang untuk mengimport telur memandangkan SSL nasional pun 113 peratus. Malah, daripada jumlah tersebut, Malaysia mengimport sekitar 10 hingga 15 peratus ke beberapa negara seperti Hong Kong, Dubai, Maldives dan Singapura,” ujarnya lanjut.