Harimau Malaya kutip mata berharga untuk ke Piala Asia

Admin
d9d70f5d 7789 4fb1 a9d8 185abde17491

PANTAI JEREJAK – Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Malaysia (Harimau Malaya) yang berjaya menumpaskan Vietnam semalam.

 

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, kemenangan tersebut sungguh bermakna dalam melayakkan pasukan negara ke ke Piala Asia yang dijangka berlangsung di Arab Saudi tahun 2027.

 

“Kememangan ini sungguh bermakna kepada kita tambahan pula kita bermain di gelanggang sendiri dan secara tidak langsung membangkitkan rasa patriotik dalam diri segenap rakyat Malaysia.

 

“Apa yang lebih penting, ia memberi mata berharga kepada Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia dan mendahului Kumpulan F dengan enam mata,” ujar beliau kepada Buletin Mutiara pada tayangan skrin gergasi di kabin Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mahsuri semalam.

069c758c e265 400c 91c3 c4c4a13851f1

Tayangan melalui skrin gergasi tersebut dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah kepada penonton terpilih.