GEORGE TOWN – Pulau Pinang diramal menerima hujan berserta ribut petir bermula hari ini sehingga 12 Jun 2025 (Khamis) setelah hampir dua minggu melalui episode cuaca panas.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca hujan dijangka melanda pada sebelah pagi dan petang manakala tiada hujan pada waktu malam.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang aktiviti di luar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Bagi paras tiga empangan pula tiada perubahan ketara dicatatkan berbanding tinjauan kurang seminggu yang lalu.

Setakat jam 11 pagi tadi, empangan Mengkuang berada pada paras memuaskan dengan kapasiti 91.3 peratus, Teluk Bahang (51.6 peratus) dan Air Itam (60 peratus).
Berbanding tinjauan sebelum ini (30 Mei), penyusutan paras empangan sangat minimum 0.07 peratus bagi empangan Mengkuang, 0.15 (Air Itam) dan dua peratus (Air Itam).

Katua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Dato’ Ir. K. Pathmanathan berkaya, pihaknya senantiasa memantau rapat perkembangan cuaca dan pola taburan hujan di negeri ini.
“Ini bagi memastikan sebarang perubahan tidak menjejaskan kestabilan bekalan air negeri.
“Orang ramai dinasihatkan agar terus mengamalkan penggunaan air secara berhemah,” katanya lagi.