Hujan tidak luntur semangat edar bendera, semarak ambang merdeka

SEMARAK KEMERDEKAAN… Sambutan ambang kemerdekaan kali ke-63 disambut sederhana dengan inisiatif Persatuan Berbasikal Bike Maxx mengedarkan bendera kepada orang ramai di Padang Kota dan Persiaran Karpal Singh.

 

Presidennya merangkap Ahli Majli bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mohamed Yusoff Mohamed Noor berkata, sebanyak 600 bendera diedarkan kepada orang ramai.

“Selain Padang Kota, ahli kami seramai 50 orang malam ini juga turut berkayuh ke Persiaran Karpal Singh bagi membuat edaran jalur gemilang.

 

“Walau dalam keadaan cuaca hujan, ini tidak melunturkan semangat ahli-ahli Bike Maxx untuk kayuh sambil mengedar bendera bertujun semarakkan sambutan kemerdekaan kali ini walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” ujar Mohamed Yusoff sebelum pelepasan kayuhan 30 Ogos lalu.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD