Ibu tunggal dapat bantuan rumah

PINANG TUNGGAL – Nasib seorang ibu tunggal berusia 63 tahun yang memerlukan sebuah rumah baru telah memperoleh perhatian daripada pihak Pusat Urus Zakat (PUZ), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di sini baru-baru ini.

Lanjutan itu, Majlis Penyampaian Khas Kunci Bantuan Perumahan ringkas yang disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah PUZ, Datuk Mohd. Salleh Man serta Ahli Lembaga Pengarah as-Sahabah Urus Zakat, MAIPP, Ir. Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman telah diadakan dengan lancar.

Ibu tunggal, Sakdiah Abdul Hamid berasa sangat bersyukur dan terharu apabila menerima bantuan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad yang turut menjayakan penyampaian bantuan berkenaan menyatakan bahawa, ia (program tersebut) merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility – CSR) PUZ dalam merakyatkan zakat.

Selaras dengan slogan PUZ, bantuan tersebut diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh Puan Sakdiah (Sakdiah) yang juga seorang ibu tunggal,” katanya kepada Buletin Mutiara.

Serentak itu, PUZ turut menyampaikan sumbangan wang zakat kepada 20 penduduk yang kurang berkemampuan di Kampung Air Melintang Kecil di sini.

MOHD. Salleh Man (tiga dari kanan) menyampaikan replika kunci rumah kepada Sakdiah Abdul Hamid (empat dari kanan) sambil disaksikan Muhasdey Muhamad (lima dari kanan) dan Ir. Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman (dua dari kanan) pada Majlis Penyampaian Khas Kunci Bantuan Perumahan di sini baru-baru ini.