Insiden Sungai Perai: Dapatan Penting Daripada Laporan Awal PBAPP

img 20231230 wa0000

30 Disember 2023

 

Siaran Media

YAB TUAN CHOW KON YEOW

Ketua Menteri Pulau Pinang.

INSIDEN SUNGAI PERAI: DAPATAN PENTING DARIPADA LAPORAN AWAL POST-MORTEM PBAPP

img 20231230 093857

PULAU PINANG, Sabtu, 30 Disember 2023: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) telah menyerahkan laporan awal post mortem kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung Insiden Saluran Paip Pecah Bawah Permukaan Air Sungai Perai.

 

Berikut adalah dapatan penting daripada laporan tersebut:

 

  • Saluran paip keluli ringan dengan diameter 1,350mm pecah di Sungai Perai kira-kira jam 8.00 pagi pada 18.12.2023.

 

 

  • Punca kejadian tidak diketahui dan sukar untuk dipastikan kerana saluran paip terletak di bawah permukaan air, 3.5m di dasar Sungai Perai.

 

 

  • Saluran paip 1,350mm ini telah dipasang pada 1996 oleh Pihak Berkuasa Air (PBA) sebelum PBAPP dikorporatkan pada 1999. Sebelum ini, tiada laporan mengenai saluran paip bawah permukaan air pecah di Pulau Pinang.

 

 

  • Saluran paip itu adalah sebahagian daripada infrastruktur saluran paip air utama Pulau Pinang yang menyalurkan air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke Pulau Pinang, terutamanya ke Daerah Barat Daya.

 

 

  • Saluran paip pecah itu terpaksa dibaiki segera kerana ia menyebabkan kebocoran yang mengakibatkan penurunan mendadak tekanan pam air kepada 200,000 pengguna air di Pulau Pinang. Kejadian ini telah menjejaskan perkhidmatan bekalan air ke Daerah Barat Daya Pulau Pinang (DBD) dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

 

 

  • Dalam 38 jam pertama selepas saluran paip pecah, PBAPP terus membekalkan sebanyak mungkin air kepada seramai mungkin pengguna terjejas, walaupun kehilangan air yang besar. PBAPP mahu meminimumkan kesan kejadian itu sehingga ketibaan pasukan penyelam komersial luar yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan berbahaya. Terdapat penutupan saluran paip selama 3 jam untuk membolehkan penyelaman penilaian awalan kerosakan.

 

 

  • Ia mengambil masa 55.5 jam untuk memasangkan kebocoran dengan plat keluli yang diapit. Dalam jangka masa ini, kerja penyelam komersial untuk mengimpal plat keluli di atas lubang dalam saluran paip telah terhalang oleh kegagalan peralatan dan keadaan sungai yang bergelora. Malangnya, plat yang dikimpal tidak dapat menahan tekanan apabila PBAPP menyambung semula mengepam air melalui saluran paip. Akhirnya, “Pelan B” untuk mengapit plat keluli yang lebih teguh di atas lubang berfungsi dari 5.30 pagi pada 22.12.2023.

 

 

  • Selepas saluran paip dibaiki, ia mengambil masa 71.5 jam untuk memulihkan semula perkhidmatan bekalan air untuk 99% daripada 200,000 pengguna air yang terjejas pada jam 5.00 pagi pada 25.12.2023.

 

 

  • Akhirnya, ia mengambil masa 18 jam lagi untuk memulihkan bekalan air bagi baki 1% pengguna di kawasan kejiranan hujung paip agihan (HPA) dan tanah tinggi, terutamanya disebabkan oleh isu kejiranan. Pemulihan 100% telah direkodkan pada jam 11.00 malam pada 26.12.2023.

 

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan PBAPP untuk melakukan perkara berikut:

 

1. Pantau keadaan saluran paip dasar Sungai Perai yang dibaiki setiap hari sehingga penyelesaian kekal dapat dilaksanakan. Dalam kes ini, penyelesaian kekal ialah memasang “saluran paip merentasi sungai” yang akan disokong oleh struktur di atas permukaan sungai. Pelaksanaan penyelesaian kekal ini, dengan anggaran kos RM5 juta, harus disegerakan untuk disiapkan secepat mungkin pada tahun 2024 bagi membolehkan pemeriksaan berkala dan mengelakkan perkara berulang.

 

2. Kesan dan laporkan lokasi saluran paip bawah permukaan air yang lain di negeri ini. PBAPP harus menjalankan pemeriksaan khusus dalam air bagi semua saluran paip lain untuk memastikan jika terdapat sebarang bahaya atau risiko kemalangan yang serupa.

 

3. Arahkan pasukan pakar untuk memeriksa secara berkala semua saluran paip utama (900mm dan ke atas) yang berada di atas tanah. Teroka kaedah untuk mengesan potensi kecacatan atau kegagalan semua saluran paip utama yang tertanam (900mm dan ke atas).

 

4. Mempercepatkan penggantian saluran paip utama yang “usang” (900mm dan ke atas).

 

5. Memastikan pemulihan perkhidmatan bekalan air untuk 590,000 pengguna air yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual mulai 10.1.2024 mengikut jadual yang telah diumumkan sebelum ini iaitu pada 13.12.2023:

img 20231230 094137

Bekalan air untuk baki 0.2% pengguna terjejas (kira-kira 1,000 pengguna), yang tinggal di kawasan kejiranan hujung paip agihan (HPA) dan tanah tinggi dengan isu khusus, juga mesti dipulihkan secepat mungkin selepas 96 jam.

 

 

Di sebalik dapatan laporan post mortem berhubung Insiden Sungai Perai Disember 2023, rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjangkakan PBAPP akan melakukan lebih banyak dan melakukan lebih baik pada Januari 2024.

 

 

 

 

Terima kasih.