Jabatan Botani tidak abai Dataran Teratai, naik taraf akan siap bersama projek kereta kabel

photo 2025 11 14 08 54 21

GEORGE TOWN – Pihak Jabatan Taman Botani Pulau Pinang sedang melakukan kerja-kerja naik taraf Dataran Teratai yang meliputi tumbuhan ikonik, teratai Amazon atau nama saintifiknya Victoria Amazonica.

 

Menurut Pengarah Jabatan Taman Botani, Mohamad Hasbi Ash-Shiddieqy Ahmad, projek naik taraf landskap Dataran Teratai itu akan siap serentak dengan Projek Kereta Kabel Bukit Bendera.

 

“Dataran Teratai sedang melalui kerja-kerja pemulihan dan nak taraf, untuk sementara waktu kami terpaksa hentikan sementara pam air sebab kerja-kerja melibatkan kereta kabel berjalan hanya bersebelahan tapak ini.

photo 2025 11 14 08 54 21 (2)

“Untuk itu kami juga meletakkan papan tanda ‘kerja-kerja sedang dijalankan’ dan sebab itu air di kolam tersebut agak keruh ketika ini kerana ini adalah kawasan tapak projek.

 

“Jadi, apabila projek kereta kabel ini siap, Dataran Teratai juga akan siap sepenuhnya, sambil itu kami juga sedang memuktamadkan rancangan pembiakan teratai Amazon termasuk konsepnya kelak,” ujarnya ketika dihubungi Buletin Mutiara pagi tadi.

 

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya tidak mengabaikan dataran tersebut yang mana dataran tersebut dirangkumi kawasan projek dan mengalami sedikit kesulitan.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : TAN KEAN MING