Jambatan ketiga, tanpa kelulusan secara prinsip Pusat, projek terowong dasar laut diteruskan – KM

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Projek terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau ke Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di bahagian Seberang Perai Utara (SPU) akan diteruskan sekiranya Kerajaan Pusat enggan meluluskan cadangan pembinaan jambatan ketiga tanpa tol pertama seumpamanya di Malaysia.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sebagai respons terhadap surat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bertarikh 4 Ogos 2016, antara lain menganggap cadangan Kerajaan Negeri untuk membina jambatan ketiga tanpa tol ditutup dan hanya akan mempertimbangkan semula setelah laporan kebolehlaksanaan dikemukakan.

“Projek terowong dasar laut tetap diteruskan dan Kerajaan Negeri tidak pernah berniat untuk ‘menggugurkan’ projek tersebut, cuma berbanding kerja membina jambatan, terowong akan memakan kos lebih tinggi.

“Pun begitu, sekiranya Kerajaan Pusat boleh memberi kelulusan secara prinsip kepada Kerajaan Negeri untuk membina jambatan ketiga berbanding terowong, penjimatan yang diperoleh boleh digunakan untuk membiayai kos pembinaan jambatan bebas tol.

“Pulau Pinang mahu membuktikan bahawa kita (Kerajaan Negeri) mampu membina sebuah jambatan tanpa tol dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh (membina jambatan bebas tol).

“Saya harap Kementerian (Kerja Raya) dapat memberi kelulusan secara prinsip untuk membina jambatan ketiga tanpa tol atau kita (Kerajaan Negeri) akan teruskan dengan projek terowong dasar laut,” ujarnya pada sidang media sejurus merasmikan Penang Hepatitis Day di Gurney Paragon, 7 Ogos lalu.

} else {