Jamuan durian simbolik penghargaan kepada sumber kekuatan Seri Delima

Admin
09981581 c961 4092 922a c7cea3d0556f

SERI DELIMA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng mengadakan jamuan santai makan durian sebagai penghargaan kepada insan-insan yang menjadi kekuatan di kawasan tersebut.

Menurut Hooi Peng, antara sumber kekuatan di Seri Delima adalah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK), Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Landskap MBPP dan lain-lain lagi.

05a722ef 4c55 4a28 a878 e604a1f0b8aa

“Mereka ini sangat bekerja keras, rajin, dalam memastikan Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seri Delima dalam keadaan baik dan selesa kepada komuniti.

“Jamuan santai ini juga diadakan sempena Hari Bapa yang akan disambut esok, selalunya ‘father is king’, jadi kita hidangkan raja buah sebagai simbolik,” ujar Hooi Peng kepada Buletin Mutiara pada majlis jamuan tersebut di Lorong Delima 6 di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Mengulas lanjut, Hooi Peng memberitahu program ini adalah kali kedua diadakan dan berhasrat mengadakannya lagi pada tahun akan datang.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT