Jangan terpengaruh dengan anasir rosak perpaduan – Rashid

PANTAI JEREJAK – Jemaah sekitar Surau An-Nur Lebuh Nipah, Sungai Nibong amat bertuah baru-baru ini kerana berpeluang menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan mendengar khutbah yang disampaikan sendiri Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon di sini.

Pada majlis tersebut, Mohd. Rashid yang hadir bersamasama isteri, Datin Nor Azizah Haron menyarankan supaya umat Islam tidak terpengaruh dengan anasir-anasir bertujuan merosakkan perpaduan kaum yang sekian lama terjalin di sini.

“Kini, kita lihat banyak unsur-unsur daripada sesetengah pihak yang cuba menghancurkan kestabilan dan keamanan antara etnik-etnik di Malaysia dengan penyebaran fitnah serta tohmahan tidak berasas.

“Kita tidak perlukan suasana kacau bilau, di Pulau Pinang, alhamdulillah, kita mampu hidup dalam suasana aman dan tenteram di bawah sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat serta adil untuk semua,” kata beliau pada khutbahnya di sini baru-baru ini.

Pada solat sunat tersebut, dianggarkan lebih 300 jemaah hadir menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Selesai solat sunat Aidilfitri, para penduduk tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Pantai Jerejak.

} else {