GEORGE TOWN – Setelah 16 tahun menabur bakti sebagai penjawat awam di Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Negeri Pulau Pinang, Jonathan Freddy P. Bagang akan berpindah ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow dalam pada itu merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat beliau di negeri ini.
“Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan sekian lama di Pulau Pinang, terutamanya membabitkan penempatan di pejabat daerah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan ROS Negeri Pulau Pinang.
“Sebagai penjawat awam, saya faham akan cabaran perlu dihadapi terutamanya apabila bertukar, yang mana perlu sesuaikan dengan tanggungjawab serta peranan baharu,” ujarnya ketika menerima kunjungan perpisahan Jonathan Freddy di sini sebentar tadi.
Jonathan Freddy dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas kerjasama erat selama beliau berada di Pulau Pinang.
Difahamkan beliau akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 6 Jun ini.
Terima kasih dan selamat maju jaya!
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI