PANTAI JEREJAK – Sejumlah RM7,000 dana yang dikutip melalui penganjuran pertandingan pickleball bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang kurang berkemampuan menghadiri Malaysian Breast Cancer Summit 2025 di Kuala Lumpur Ogos ini.
Menurut isteri kepada Ketua Menteri, YABhg. Tan Lean Kee, acara tersebut sangat penting yang mana para pesakit, bekas pesakit dan pengamal perubatan mengadakan sesi perkongsian serta menaikkan moral masing-masing.
“Penganjuran acara Paddle for Pink adalah lebih daripada sekadar acara sukan, ia menunjukkan satu solidariti dan lebih menggembirakan apabila TalkhealthAsia.com serta komuniti di Pulau Pinang bersama-sama memberi sokongan kepada para pesakit dan bekas pesakit kanser (payudara).
“Atas kejayaan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada TalkHealhAsia.com dan penaja lokasi, PickleGen yang berjaya merealisasikan Paddle fo Pink.
“Tidak dilupakan juga kepada barisan pemain, sukarelawan, badan korporat serta barisan penaja,” ujarnya ketika berucap merasmikan kejohanan amal pickleball Paddle for Pink di Giant Bayan Baru semalam.
Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Gooi Zi Sen; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Dato’ Ong Bee Leng; Ketua Pegawai Eksekutif TalkHealthAsia.com, Lim Po Lin; Pengasas PickleGen, Pauline Teoh dan dif-dif jemputan lain.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD