Kelab Olahraga UR Balik Pulau perkasa sukan, gaya hidup sihat

urbp feature

BALIK PULAU – Kelab Olahraga UR Balik Pulau (URBP) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memupuk minat masyarakat terhadap aktiviti larian dan sukan di samping menggalakkan gaya hidup sihat untuk semua lapisan usia.

Pengerusi Kelab Olahraga UR Balik Pulau (URBP), Mohd. Aris Mohd. Tahir berkata, kelab ini menjadi platform bagi pelari daripada pelbagai peringkat umur dan kemampuan untuk berkumpul, berlatih serta saling memberi motivasi.

“Selain menganjurkan sesi latihan komuniti dan larian santai, URBP turut memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam penganjuran acara peringkat komuniti, daerah, negeri dan kebangsaan.

 

pic1
ACARA Bukit Genting Trail Challenge yang dianjurkan Kelab Olahraga UR Balik Pulau pada bulan Mac.

 

“Pada tahun 2024, URBP menjadi rakan strategik bagi Hari Sukan Negara peringkat daerah Barat Daya, manakala pada tahun 2025 kelab ini melangkah lebih jauh dengan menjadi rakan strategik untuk Hari Sukan Negara peringkat negeri Pulau Pinang.

“Penyertaan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kelab di mata komuniti sukan, malah membuktikan keupayaan URBP sebagai penggerak acara yang berimpak besar,” katanya.

Menurut Mohd. Aris, URBP juga aktif menyertai pelbagai acara larian di dalam dan luar negeri serta menjalin kerjasama dengan penganjur acara sukan tempatan bagi memperluas jaringan komuniti.

 

pic 3
AHLI Kelab Olahraga UR Balik Pulau bergambar kenangan selepas menyertai aktiviti mendaki.

 

“Keahlian URBP terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang atau tahap kecergasan, selaras dengan matlamat kelab untuk membina komuniti yang sihat, aktif dan bersatu,” jelasnya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau menyertai aktiviti kelab, perkembangan boleh diikuti melalui media sosial rasmi Kelab Olahraga UR Balik Pulau.

 

 

pic 2
JEMPUTAN acara kecergasan sempena Hari Belia Negara 2025 peringkat Daerah Barat Daya disertai ahli Kelab Olahraga UR Balik Pulau.

 

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: KELAB OLAHRAGA UR BALIK PULAU