Kenang perjuangan Karpal Singh, terus semarak usaha tegak kedaulatan undang-undang

Admin

Oleh : S. HEMAWATHI

GEORGE TOWN – Usaha menegakkan kedaulatan undang-undang serta integriti kerajaan yang lantang dilaungkan mendiang Karpal Singh semasa hayatnya dahulu mesti terus disemarakkan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh berkata demikian ketika majlis mengenang ulangtahun kedua pemergian veteran politik tanah air, mendiang Karpal Singh di sini baru-baru ini.

Menurut Ram, ayahnya yang pada hujung hayat dengan berkerusi roda tidak pernah mengeluh dalam perjuangan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Selalu mendiang ingatkan kita, ‘Jangan main-main dengan perlembagaan, ikut apa yang ada dalam perlembagaan, undang-undang yang utama dalam negara ini’.

“Justeru, saya bersama-sama saudara Jagdeep dan Gobind akan cuba sebaik mungkin untuk berkempen dan membawa perubahan positif kepada rakyat Sarawak,” katanya pada majlis berkaitan.

Dua saudara kandung beliau, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Datuk Keramat) serta Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong, Selangor) turut berucap pada majlis anjuran Persatuan Eurasian Pulau Pinang (PEPP) tersebut.

Hadir sama, balu mendiang, Gurmit Kaur serta ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer.}