Kerajaan Negeri PR tolak dasar perkauman dalam isu tindakan penguatkuasaan

PEGAWAI-pegawai Penguatkuasa MPPP merobohkan gerai-gerai dipercayai haram di Air Itam di sini.
PEGAWAI-pegawai Penguatkuasa MPPP merobohkan gerai-gerai dipercayai haram di Air Itam di sini.

SEMENJAK pemerintahan Kerajaan PR pada tahun 2008, isu penguatkuasaan membabitkan kaum Melayu sering diperbesar-besarkan oleh pihak media. Ini termasuklah tindakan merobohkan gerai-gerai milik bangsa Melayu yang lazimnya tidak mempunyai lesen sah atau dengan kata nama lain – GERAI HARAM!

Hakikatnya, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah penyakit ‘ethno-centric’ yang menyebabkan sesuatu perkara dilihat responsif perkauman. Premis kaum dari sudut kebanggaan identitinya, budayanya dan sejarahnya tidak ada masalah tetapi ia menjadi masalah apabila semua tindakan dilihat sebagai mengancam kaumnya dan oleh itu hubungan antara kaum itu berdiri atas ‘tidak percaya’ dan ‘membenci’ kaum lain.

Berasaskan pemikiran tersebut, seseorang akan menyemai pendirian bahawa gerai diroboh kerana perkauman ; tanah yang sah hendak diambil alih Kerajaan dianggap perkauman ; dasar baru dibuat dianggap ‘membahayakan’ satu kaum lain dan begitulah seterusnya. Pada masa sama, penyakit ‘ethno-centric’ ini juga akhirnya membawa kepada konfrontasi yang diwarnai slogan-slogan perkauman. Persoalannya, mampukah kita maju ke hadapan dengan gangguan-gangguan dari golongan yang berpenyakit ini?

Pada masa sama, pemikiran sebegini hanya meletakkan satu kesawalan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa perkiraan kaum boleh mengatasi undang-undang, dan undang-undang boleh memberi laluan kepada tekanan-tekanan perkauman! Apa yang sesetengah pihak gagal memahami ialah isu perobohan gerai dan apa sahaja yang berkenaan dengan penguatkuasaan adalah sebenarnya mendapat keabsahannya dari peruntukan undang-undang yang ada. Ya! meroboh gerai tanpa peruntukan undang-undang adalah sesuatu yang harus ditentang tetapi perobohan yang ada peruntukan undang-undang perlu dihormati dahulu sebelum apa-apa rundingan hendak dilakukan.

Baru-baru ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menjadikan bangsa Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan bangsa berkenaan. Sila teliti statistik di bawah :

(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT

Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:

Tahun

Melayu

Cina

India

Tidak Diketahui

2008

3

2

1

2

2009

4

3

2

4

2010

2

0

0

0

Kes-kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.

Bagi tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Pihak-pihak berkenaan telah diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.

Bagi tahun 2009, dua kes bangsa Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.

Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi pihak terbabit enggan menerimanya.

Satu kes lagi adalah membabitkan gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.

(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA

Tahun

Melayu

Cina

India

Tidak Diketahui

2007

1

0

0

0

2008

0

0

0

0

2009

0

5

2

0

Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap gerai milik bangsa Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis daripada PBT.

(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.

(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

Tahun

Melayu

Cina

India

2006

84

58

16

2007

65

35

11

2008

132

110

17

2009

152

84

17

Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang-barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.

(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

Tahun

Melayu

Cina

India

2009

23

3

2

(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)

Tahun

Melayu

Cina

India

2006

106

46

16

2007

106

51

21

2008

50

13

12

2009

38

21

15

Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain-lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain-lain.

Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

(d) Kacau Ganggu – Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam

Tahun

Melayu

Cina

India

2006

3

1

26

2007

3

1

13

2008

4

0

14

2009

6

0

8

(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974

Tahun

Melayu

Cina

India

2008

1

16

1

2009

9

40

5

(f) Notis Keluar – Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP

Tahun

Melayu

Cina

India

2008

219

103

46

2009

78

52

26

(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)

Tahun

Melayu

Cina

India

Jumlah

2008

785

1,082

196

2,063

2009

815

1,727

247

2,789

Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak benar sama sekali, sehingga kini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.

Jenis Lesen

Tahun 2008

Melayu

Cina

India

Jumlah

Pasar

369

1,724

118

2,211

Kompleks

627

741

78

1,446

TPS

422

1,826

104

2,352

Jenis Lesen

Tahun 2009

Melayu

Cina

India

Jumlah

Pasar

391

1,660

119

2,170

Kompleks

464

538

62

1,046

TPS

449

1,843

105

2,397

Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis-notis kepada premis yang tidak mematuhi mana-mana Undang-Undang dan Undang-Undang Kecil.

Tahun 2008

Tahun 2009

Establishment Makanan

1,661

1,325

Tred Perniagaan/Industri

488

566

* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.