Kerajaan Negeri sumbang RM100,000 kepada FAP untuk bangun akar umbi bola sepak

img 7343

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan sebanya RM100,000 kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) pada September 2024 agar program pembangunan bola sepak akar umbi di Pulau Pinang dapat dijalankan dan dilaksanakan secara teratur dan profesional.

“Menurut Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen, sumbangan tersebut diberikan secara berperingkat bagi setiap permohonan tertakluk kepada keperluan semasa dan justifikasi program yang dikemukakan oleh pihak FAP dari semasa ke semasa.

 

“Setakat Disember 2025, sumbangan sebanyak RM60,000.00 daripada RM100,000.00) telah disalurkan secara berperingkat melalui MSNPP kepada FAP bagi penganjuran Liga-liga Tempatan 2025 (Divisen 1, 2 dan 3) yang dianjurkan dari 15 Mei 2025 sehingga 31 Mei 2026 di Pulau Pinang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai komitmen Kerajaan Negeri dalam memajukan dan menyokong pembangunan bola sepak.

Hadir sama, Pengarah MSNPP, Harry Chai Heng Hua; Ketua Pegawai Eksekutif Penang FC, Jeffrey Chew Gia Eam dan Presiden FAP, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff.

 

Selain itu, pada Oktober 2025, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan permohonan pelupusan tunggakan bayaran sewaan Stadium Bandaraya Pulau Pinang dari tahun 1998 sehingga 2016 yang masih berbaki sebanyak RM127,168.50 oleh FAP.

“Saya mempercayai bahawa dengan adanyabantuan kewangan dan sokongan yang mencukupi, FAP mampu memperkasa struktur organisasi, meningkatkan kualiti latihan dan mengasah lebih ramai bakat muda yang berpotensi mewakili negeri dan negara suatuhari nanti.

 

“Saya juga ingin menegaskan bahawasumbangan ini bukanlah satu pemberian semata-mata, tetapi merupakan pelaburanjangka panjang terhadap masa depan bola sepak negeri.

“Kerajaan Negeri mahu melihat bola sepak negeri kembali gemilang dengan pencapaian membanggakan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI