Ketibaan pelancong China melalui LTAPP melonjak 520.2 peratus

Admin
whatsapp image 2025 11 17 at 09.43.50 (1)

GEORGE TOWN – Kemasukan pelancong dari Republik Rakyat China bagi tempoh Januari hingga September 2023 yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dicatatkan seramai 26,056 orang dan melonjak kepada 161,599 orang atau kira-kira 520.2 peratus bagi tempoh sama tahun ini.

Memetik sumber Jabatan Imigresen Malaysia, ketibaan pelancong Republik Rakyat Indonesia melalui LTAPP bagi tempoh sama tahun 2023 pula direkodkan seramai 253,307 orang dan meningkat kepada 285,364 orang atau kira-kira 12.3 peratus (2025).

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai lagi, ketibaan pelancong dari Republik Rakyat Singapura melalui LTAPP bagi tempoh sama tahun 2023 dicatatkan seramai 132,664 orang dan merosot kira-kira 12.2 peratus menjadi 116,442 orang.

“Pasaran yang berpotensi untuk diteroka bagi perkembangan yang lebih lanjut pada masa hadapan ialah negara China, India, Asia Tenggara, Australia, Timur Tengah, Korea dan Jepun,” jelasnya dalam sesi soal jawab lisan, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 17 November 2025.

Di samping itu, beliau turut mendedahkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia mengenai 10 negara dengan ketibaan pelancong tertinggi melalui LTAPP bagi tempoh Januari hingga September 2023 hingga 2025, sebagai menjawab soalan bertulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong.

4b737b99 e426 4991 b3e5 e44b13c94e89
ONG Ah Teong

screenshot

Dalam perkembangan berkaitan, Hon Wai yang juga ADUN Paya Terubong turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri hari ini turut komited untuk terus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai hab gastronomi serantau melalui pelbagai inisiatif strategik berkaitan kepelbagaian kulinari serta warisan makanan tempatan.

“Antara inisiatif utama adalah penganjuran Penang International Food Festival (PIFF) yang merupakan acara tahunan ikonik menghimpunkan pengusaha makanan tempatan, terkenal dan penggiat industri bagi memperkenalkan keunikan rasa Pulau Pinang kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” jelasnya.

f77d4421 24b7 455e ba63 e62ca2eed013
JOSEPH Ng Soon Siang

Selain itu, beliau memberitahu bahawa kemasukan MICHELIN Guide Malaysia yang menampilkan restoran serta penjaja dari Pulau Pinang turut mengukuhkan reputasi negeri ini sebagai destinasi gastronomi bertaraf dunia.

“Pengiktirafan tersebut bukan sahaja meningkatkan imej Pulau Pinang pada peringkat antarabangsa, malah memberi galakan kepada pengusaha makanan tempatan untuk mengekalkan mutu, keaslian dan identiti dalam penyediaan makanan.

“Kerajaan Negeri juga telah mencalonkan sepuluh makanan tradisi Pulau Pinang kepada Jabatan Warisan Negara untuk diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan, iaitu Nasi Kandar, Pasembur, Char Kue Kak, Mi Hokkien, Mi Jawa, Oh Chien, Mi Udang, Mi Sotong, Kerabu Bihun dan Roti Benggali.

“Usaha ini bertujuan mengiktiraf nilai warisan kulinari tempatan serta memelihara identiti gastronomi Pulau Pinang sebagai khazanah budaya yang perlu diwarisi oleh generasi akan datang,” jelasnya sebagai menjawab soalan bertulis daripada ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT & NOOR SITI NABILAH NOORAZIS