KM harap tahun ‘Monyet Api’ bawa tuah kepada semua

TAHUN MONYET API HARAP BAWA TUAH... PELBAGAI juadah disajikan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina & Chap Goh Meh, anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dekat Bayan Lepas, sebagai menghargai tetamu di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Prof. Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) serta barisan Exco Kerajaan Negeri lain merupakan tetamu kenamaan utama.

Guan Eng dalam ucapannya berharap sektor pelaburan di negeri ini masih dapat berkembang, sungguhpun melalui iklim ekonomi negara yang kian mencabar pada tahun ini.

Beliau berharap Tahun Monyet Api yang disambut menurut zodiak Cina pada tahun ini, bukan sahaja membawa tuah kepada mereka yang lahir pada Tahun Kambing, bahkan semua rakyat Malaysia yang mendiami Pulau Pinang.

} else {