KM & pucuk pimpinan PR mesra rakyat

Admin
KETUA Menteri menyampaikan sumbangan cek bernilai RM5,000 kepada Asrul Wadi Ahmad yang cedera di mata kanannya akibat terkena kanister gas pemedih mata semasa perhimpunan ‘Duduk Bantah Bersih 3.0’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KETUA Menteri menyampaikan sumbangan
cek bernilai RM5,000 kepada Asrul Wadi
Ahmad yang cedera di mata kanannya
akibat terkena kanister gas pemedih mata
semasa perhimpunan ‘Duduk Bantah Bersih
3.0’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : CHAN LILIAN

PINANG TUNGGALBaru-baru ini Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bersama-sama delegasi kepimpinan Kerajaan Negeri telah mengadakan lawatan rasmi bagi mendekati masyarakat desa di beberapa kawasan sekitar Parlimen Kepala Batas.

Beliau yang meluangkan masa sehari suntuk turut beramah mesra dengan masyarakat setempat dan mengikuti program-program yang telah diatur oleh Pejabat Tanah dan Daerah, Daerah Seberang Perai Utara (PDTSPU) dengan kerjasama pejabat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Parlimen Kepala Batas dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

Kunjungan beliau dan delegasi ke pasar pagi di Kampung Selamat meraih perhatian penduduk sekitar termasuk para pengunjung pasar pagi tersebut.

Jelas kelihatan para peniaga yang berkesempatan menyalami beliau teruja dan terkedu. Ada di antara peniaga yang tidak percaya dan menyatakan belum pernah ada. Ketua Menteri yang datang melawat gerai makan dan pasar pagi di kawasan mereka.

Malah, beliau turut meluangkan masa bersama penduduk dan ahli JKKK Kampung Selamat berhubung permohonan penyelenggaraan semula taman permainan kanak-kanak yang telah terbiar sejak 20 tahun lalu.

Beliau kemudiannya ke Kampung Sungai Korok dan melengkapkan jelajah pelancaran Penang Free WiFi Fasa 2. Di sana, Guan Eng menzahirkan ucapan terima kasih kepada penganjur dan penduduk yang hadir memberi sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan WiFi percuma.

“Sebuah bandar pintar mestilah mempunyai kepintaran digital. ( An intelligent city must posses its digital intelligence).

“Sekali lagi Pulau Pinang memimpin dengan muncul sebagai negeri pertama di Malaysia memberikan perkhidmatan WiFi percuma untuk dinikmati semua.

“Kerajaan PR Pulau Pinang untuk semua , Penang Free WiFi untuk semua,” laung Guan Eng di hadapan kira-kira 200 penduduk yang hadir.

MANsOR Othman (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan cek zakat kepada asnaf sambil ditemani Abdul Malik Abul Kassim (dua dari kanan), Farizan Darus (kanan sekali) dan Rosidi Hussain (empat dari kanan).
MANsOR Othman (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan cek
zakat kepada asnaf sambil ditemani Abdul Malik Abul Kassim (dua
dari kanan), Farizan Darus (kanan sekali) dan Rosidi Hussain (empat
dari kanan).

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman; Exco Kerajaan Tempatan & Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow; Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng; Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait; Pegawai Daerah PDTSPU, Jusni Ismail, PPK Pinang Tunggal, Muhasdey Mohamad; PPK Penaga, Rosidi Hussain dan PPK Bertam, Asrol Sani Abdul Razak.

LAW choo Kiang sempat beramah-mesra dengan sekumpulan kanak-kanak pada lawatan ke pasar pagi Kampung selamat.
LAW choo Kiang sempat beramah-mesra dengan
sekumpulan kanak-kanak pada lawatan ke pasar
pagi Kampung selamat.