Tuntutan bayaran parkir KPABP bermula 16 Julai

Admin

BALIK PULAUOrang ramai yang telah membuat bayaran parkir di kawasan Kompleks Pasar Awam Balik Pulau (KPABP) di sini sebelum 1 Julai lalu boleh membuat tuntutan balik bermula 16 Julai lalu.

GOOI Seong Kin
GOOI Seong Kin

Ini kerana, menurut Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Gooi Seong Kin, pembayaran parkir bagi kawasan terbabit masih belum lagi dikuatkuasakan MPPP.

“Kutipan bayaran parkir tidak boleh dilakukan lagi kerana terdapat beberapa perkara teknikal yang masih belum disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor dilantik,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya lagi, parkir di kawasan berkenaan masih diisytiharkan percuma sehingga satu tarikh yang akan diumumkan MPPP kelak.

“Justeru, orang ramai yang ingin membuat tuntutan bayaran balik sila bawa resit asal dan kemukakan di kaunter MPPP Balik Pulau,’’ jelas beliau.