KM puji Zubicon laksana CSR di Jeti Chew

Gambar : ALISSALA THIAN

TARIKAN PELANCONG… Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong sama ada dalam mahupun luar negara mengunjungi Jeti Chew iaitu salah sebuah jeti sukuan terkenal di Pulau Pinang, sebuah syarikat pemaju, Zubicon Sdn. Bhd. (Zubicon) tampil melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melebarkan laluan tersebut.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang hadir menyempurnakan pembukaan laluan baharu itu baru –  baru ini, memuji pendekatan pihak berkaitan dan juga kemampuan menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh tiga minggu.

Pengarah Urusan Zubicon, Lim Beng Keong berkata, sejumlah RM130,000 diperuntukan bagi menyempurnakan projek yang dijalankan atas permintaan penduduk di situ.

Terletak berdekatan Gat Lebuh Armenian, Jeti Chew atau lebih dikenali sebagai Chew Jetty adalah perkampungan air terbesar yang dibina sejak pertengahan kurun ke-19 dan menjadi penempatan buat pendatang dari Tanah Besar China.