KN sokong penuh sukan berbasikal

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN

PADANG KOTA – Penyertaan 4,500 peserta dalam penganjuran Campaign For A Lane Ke-7 (CFAL7) di sini barubaru ini membuktikan bahawa sukan berbasikal semakin mendapat tempat di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri lazimnya menyokong penuh sukan berbasikal dalam menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang sihat.

“Malah, terima kasih kepada penganjur, G Club Tanjung Bunga dan Ideal Property Group yang terus memberi sokongan terhadap penganjuran program yang bertujuan mendidik para pengguna jalan raya khususnya motokar supaya lebih peka dan bertimbang rasa terhadap pengayuh basikal yang berada di bahu jalan,’’ ucapnya sebelum menyempurnakan upacara pelepasan para peserta CFAL7 di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon dan Pengarah Jabatan Bangunan MBPP, Ar. Yew Tung Seang. G Club Tanjung Bunga merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif di dalam penganjuran program-program rekreasi manakala, Ideal Property Group adalah pemaju. Turut menjadi rebutan pada penganjuran tersebut adalah 30 hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah utama berupa sebuah basikal bernilai RM 26,000.

Tambah Guan Eng, kali pertama CFAL dianjurkan, ia hanya memperoleh 700 penyertaan sahaja.

Mengulas lanjut, beliau turut memberitahu bahawa hasil inisiatif Kerajaan Negeri bersama-sama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), laluan basikal sepanjang kira-kira 12 kilometer dari Pasa Raya Gama hingga pusat membeli-belah Queensbay Mall telah berjaya disiapkan untuk aktiviti riadah sukan berbasikal.

if (document.currentScript) {