Komuniti India Muslim Pulau Pinang perlu diperkasakan lagi – GAPIEM

Admin

GEORGE TOWN – Komuniti India yang beragama Islam di Pulau Pinang wajar diperkasakan lagi supaya tidak tertinggal daripada arus pembangunan negeri.

Lanjutan itu, Presiden Gabungan Persatuan India Muslim Pulau Pinang (GAPEIM), Dr. Ameenul Hussaini Abdul Kader menyerahkan proposal cadangan memperkasa komuniti mereka, ketika mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

“Sebagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kita mahu memperkasakan lagi komuniti India Muslim daripada aspek ekonomi dan pendidikan anak-anak kami dengan beberapa cadangan penambahbaikkan dasar kepada Kerajaan,” jelasnya pada pertemuan dekat Pejabat Ketua Menteri di sini pada 1 Oktober 2020.

Turut serta, Setiausaha Agung GAPEIM, Hamid Sultan Jabbar; Munner Sadiq (Timbalan Presiden) dan Mohamed Rizwan (ahli jawatankuasa).

Dalam reaksi balas, Kon Yeow yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi menyambut baik hasrat NGO tersebut untuk memperkasakan komuniti India Muslim dengan cadangan-cadangan penambahbaikan polisi kepada Kerajaan Negeri.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN